SOALAN - SOALAN LAZIM
1. Apakah MaxPower Revolution atau MP-R?
MaxPower Revolution (MP-R) adalah alat penstabil voltan
serba canggih dengan fungsi utamanya meningkatkan prestasi kenderaan anda
secara keseluruhan dan memberi penjimatan minyak terhadap kenderaan yang
menggunakannya. Ianya adalah inovasi unik dengan mengunakan teknologi terkini
jepun. Ianya bersesuaian dengan semua jenis kereta (baru atau lama) dan
kenderaan yang menggunakan bateri 12volt.
2. Cara menggunakan MaxPower Revolution?
Hanya 3 langkah mudah semudah abc iaitu :-
a. Matikan enjin kenderaan anda
b. Pasangkan MP-R ke soket pencucuk rokok kenderaan anda
c. Hidupkan enjin kenderaan dan mula pemanduan untuk merasai
kehebatannya
3. Setelah MP-R dipasangkan, apa yang akan berlaku?
Lampu LED pada MP-R akan menyala. Ia menandakan MP-R anda
berfungsi dengan baik. Jika lampu LED tidak menyala, sila periksa soket
pencucuh rokok kereta anda samada ia berfungsi atau tidak. Jika ianya dalam
keadaan baik dan lampu LED MP-R masih tidak menyala, sila hubungi wakil
pengedar kami.
4. Masa yang diambil untuk MP-R berfungsi?
Setelah MP-R dipasangkan dan ianya menyala, ianya akan terus
berfungsi. Pada permulaan pemanduan, anda akan merasai beberapa perbezaan
seperti kelancaran pegerakan, pick-up permulaan yang berbeza, penukaran gear
lebih lembut dan penghawa dingin kereta semakin sejuk berbanding dengan
sebelumnya. Ini adalah tanda yang menunjukkan MP-R itu berfungsi dengan baik.
Beberapa kebaikan lain anda akan dapat rasai selepas itu.
5. Adakah MP-R selamat digunakan pada kereta saya?
Fungsi MP-R adalah seperti memasang thumb drive ke USB. Yang
membezakannya ialah, MP-R mendapatkan kuasanya daripada bateri kereta manakala
thumb drive mendapatkannya daripada CPU (Arus Terus). Tidak seperti peralatan
elektrik rumah yang lain yang menggunakan arus ulang-alik yang berkemungkinan
membebaskan gelombang gangguan. Tambahan, MP-R juga telah diuji oleh SIRIM QAS
INTERNATIONAL.
6. Mengapa bateri kereta perlu distabilkan menggunakan MP-R
dan bagaimanakah ianya berfungsi?
Apabila kali pertama kita membeli kereta, bateri selalunya
berada dalam keadaan yang baik begitu juga dengan komponen elektrik yang lain.
Walaubagaimanapun, oleh kerana penyelenggaraan yang tinggi, haus dan lusuh
serta faktor penuaan membuatkan kereta kita secara pelahan akan kehilangan
kuasa. Kuasa pecutan, tork, transmisi gear, penghawa dingin, lampu depan,
sistem audio dan sebagainya, kesemuanya berada pada tahap yang kurang baik
berbanding dengan waktu pertama kali pembelian kereta tersebut.
Kebiasaannya, apabila kesemua komponen elektrik dihidupkan
pada masa yang sama terutamanya sistem penghawa dingin, anda akan memberikan
tekanan terhadap kenderaan, ianya menambah lagi tekanan kepada bateri dalam
membekal kuasa yang menyebabkan bateri menjadi lemah dan mengalir dengan cepat.
Akibat daripada perkara ini, bateri akan terus lemah dari membekalkan kuasa
pengagihan yang sebenar dan sama rata kepada setiap komponen kereta dan perkara
seperti ini akhirnya akan menjejaskan kereta dan membuatkan bahan api dibakar
dengan lebih. Kesemuanya berhubung kait dengan aliran elektrik kereta.
MP-R adalah alat yang direka berdasarkan inovasi terkini
dari jepun yang akan mampu menangani permasaalahan elektrik seperti ini . Untuk
maklumat, soket pencucuh rokok berhubung secara lansung ke bateri dan dengan
memasang MP-R pada pencucuh rokok tersebut, MP-R berfungsi memberitahu bateri
supaya menstabilkan kuasanya tidak kira jika anda sedang menghidupkan penghawa
dingin, menghidupkan sistem audio, menghidupkan lampu depan dan sebagainya,
serentak. MP-R adalah seperti minuman isotonik yang akan memberikan tenaga baru
yang akan menyegarkan badan anda selepas terlibat dalam aktiviti harian yang
lasak.
Jadi, apabila kesemua komponen elektrik mendapat kuasa yang
sama rata daripada bateri 12V dengan memasang MP-R, anda akan dapat merasai perbezaan
yang kereta anda mendapat momentum kembali seperti kereta yang baru, perjalanan
lancar, penghawa dingin semakin sejuk, lampu depan semakin terang, sistem audio
yang baik dan juga lain-lain. Akhirnya menyumbang kepada penjimatan bahan api
yang lebih efisyen dan cekap.
7. Adakah MP-R akan melemahkan kuasa bateri?
Sememangnya TIDAK. selain penstabil voltan, MP-R juga
berfungsi seperti bateri mini kereta. Ia akan menyimpan sisa tenaga daripada
bateri bila keadaan mengecas dan mengurangkan beban semasa bateri seterusnya
memanjangkan jangka hayat bateri.
8. Bolehkah saya cabut MP-R dan memasangkannya pada kereta
lain? Adakah ia akan menjejaskan MP-R?
BOLEH jika anda ingin berbuat demikian tetapi kami
mencadangkan 1 MP-R untuk 1 kereta SAHAJA. Mencabut MP-R terutamanya, perlu
dilakukan dengan berhati-hati. Kekerapan mencabut dan memasang MP-R pada kereta
lain mungkin akan menyebabkan soket pencucuh rokok mudah longgar/terlerai lalu
menjejaskan sambungan daripada bateri ke MP-R. Ianya juga boleh memendekkan
jangka hayatnya MP-R tersebut
9. Apakah yang membezakan MP-R dengan produk penjimatan
minyak yang lain.
Fungsi serta cara MP-R beroperasi sangat berbeza dengan
produk yang lain. Kebanyakkan alat penjimatan minyak yang lain berasaskan
cecair atau menggunakan wayar yang panjang. MP-R menawarkan teknologi terkini,
canggih bertaraf dunia dan sesuai dengan semua jenis kenderaan yang menggunakan
bateri 12V. MP-R juga membantu memanjangkan tempoh penggunaan alternator, plug
dan juga bateri.
10. Berapa peratus penjimatan minyak yang diperolehi jika
menggunakan MP-R?
Untuk maklumat, peratusan penjimatan minyak daripada
sesebuah kereta ke kereta yang lain adalah berbeza dan sangat bergantung kepada
faktor seperti :-
a. Keadaan
jalan raya
b. Enjin dan
model kereta
c. Penyelenggaraan
Kereta (Termasuk tayar)
d. Sikap
pemanduan
Untuk mendapatkan penjimatan minyak yang dikehendaki, kereta
anda hendaklah berada di dalam keadaan pemanduan yang tenang dan lancar. Anda
akan merasai lebih penjimatan minyak terutamanya dalam jarak pemanduan jauh
seperti lebuhraya atau laluan anda tiada kesesakan jalanraya. Anda akan
mendapati kereta anda dapat bergerak lebih kilometer daripada sebelum
penggunaan MP-R dan pengunaan minyak kereta anda akan kurang apabila anda
berjalan jauh dengan mengunakan MP-R. Berdasarkan pengujian kami, penjimatan
minyak semasa perjalanan jauh adalah diantara 25% hingga 50%.
Sebaliknya, jika kereta memasuki jalan yang sibuk dan
terperangkap didalam keadaan yang sesak, pengunaan minyak bagi semua kereta
tanpa mengira model menjadi lebih tinggi, Walaupun anda menggunakan mana-mana
alat penjimatan minyak termasuklah MP-R, peratusan yang minima terhadap penjimatan
minyak akan dirasai kerana kereta anda membakar bahan api yang lebih
terutamanya untuk menyokong sistem penghawa dingin kereta dan komponen-komponen
elektronik kereta yang lain dalam keadaan yang sibuk. Semakin lama kereta anda
terperangkap dalam kesesakan jalanraya, lebih banyak minyak akan digunakan.
Perkara ini juga telah disahkan oleh mekanik dalam media.
11. Peratusan penjimatan yang dapat adakah sama setiap
kali/hari dengan MP-R?
Pemandu mesti memahami walaupun MP-R direka untuk
menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda, peratusan penjimatan minyak
adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang disebutkan diatas. Adalah penting
untuk ambil perhatian bahawa pemandu tidak akan mendapat peratusan yang sama
atau tetap dalam penjimatan minyak kerana setiap hari kita memandu pada keadaan
jalan yang berbeza, permukaan jalan yang berbeza, aliran trafik yang berbeza,
perbezan muatan, keadaan cuaca, kekerapan memandu dan beberapa faktor yang
berkaitan.
12. Bagaimana untuk mengetahui/menguji keberkesanan penjimatan
minyak daripada MP-R?
Cara yang terbaik untuk mengesan keberkesanan keseluruhan
MP-R termasuk penjimatan minyak adalah dengan menjalankan kajian perbandingan
sendiri dengan ada dan tiada MP-R. Pilih mana-mana kereta berenjin 600cc hingga
2000cc. Seperti Suzuki, Toyota, Honda, Mazda dan lain-lain.
Pada permulaan, pandu kereta anda tanpa MP-R dan isikan
minyak tangki dalam RM 30.00 dan lihat berapa jauh (dalam kilometer) kereta
anda boleh pergi. Pilih jalan lurus atau mana-mana lebuhraya. Jangan dilupa
untuk mencatatkan nilai mileage untuk rekod. Apabila anda sampai di penghujung
jalan, isikan minyak dengan nilai yang sama dan pasangkan MP-R. Pandu kereta
anda pada jalan atau lebuhraya yang sama. Lihat berapa banyak lebih kilometer
kereta anda boleh pergi dengan MP-R dipasangkan. Anda boleh menjalankan ujian
dalam masa sehari untuk mendapatkan keputusan dan melihat perbezaannya. Ini
akan menjadi tertimoni anda.
13. Berapa lama MP-R boleh berfungsi pada kenderaan?
Jika ianya dijaga dengan baik, MP-R boleh berfungsi dari 5
hingga 10 tahun.
2 comments:
Tumpang tanya. Kereta aku kan LC, port pencucuk rokok tuh dalam kotak syiling, selalu aku letakkan charger kereta kat satu port yang macam ala2 cucuh rokok, (memang ada dalam kereta). buleh ke letak citu.
betollaaa kat ctu letak :)
Post a Comment